Dalam usaha memberi pelayanan lebih baik kepada jemaah haji, aparat Kementerian Haji Arab Saudi memanfaatkan komputer untuk memudahkan proses data jemaah yang masuk ke Madinah.
Menurut Pengurus Muassasah Adilla bertanggungjawab mengendalikan urusan haji di Madinah, Marwan Gotah, tempo pemeriksaan dokumen pribadi jemaah dari Makah yang memasuki Madinah di terminal Al-Hijrah dapat disingkatkan antara dua hingga tiga jam.
"Mengikuti sistem itu jemaah cuma perlu berhenti di terminal Al Hijrah sebentar saja berbanding berjam-jam sebelum ini. Ini memendekkan masa perjalanan jemaah dari Mekah ke Madinah dan sebaliknya, antara dua hingga tiga jam," katanya, seperti dikutip Kantor Berita Malaysia, Bernama edisi Senin, 10 November hari ini.
Selain pemeriksaan visa haji, pihak berkuasa Saudi juga menyemak maklumat seperti perjanjian penginapan bagi jemaah. Menurut Marwan, prosedur baru di bawah sistem berkenaan dicoba sejak tahun lalu untuk jemaah haji dari Asia Tenggara dan China. Muassasah Adilla tidak mengendalikan jemaah haji dari Indonesia kerana jumlahnya mencapai 200.000 orang.(Sumber : www.elshinta.co.id)
25 Jan 2009
Komputer Percepat Jemaah Masuki Madinah
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 comments:
Posting Komentar